gravatar

Adab Berjimak/Bersetubuh Dengan Isteri


Persetubuhan Melalui Dubur

Soalan: Hadis/kitab mengatakan persetubuhan melalui belakang (dubur) adalah HARAM. Bagaimana pula kalau dilakukan di belakang tetapi melalui faraj ?

Jawapan: Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan.

Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya”
(HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad)

Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan:

“Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki”
(Surah Al Baqarah ayat 223)


Mengambil Wuduk sebelum dan Sesudah Jimak

Soalan: Wajib atau sunat membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk, apabila hendak meneruskan persetubuhan kali kedua ?

Jawapan: Hukum mengambil wuduk sebelum melakukan jimak adalah sunat. Begitu juga setelah berjimak mengambil wuduk ketika itu juga sunat hukumnya, namun Rasulullah SAW selalu mengamalkanya jika baginda ingin melanjutkan jimaknya, tujuannya agar badan terasa lebih segar sehingga untuk meneruskan jimak berikutnya ghairah syahwat lebih tinggi dan dapat menimbulkan kepuasan antara kedua-dua belah pihak antara suami dan isteri.

Adab Berjimak

Soalan:
1) Apakah adab-adab untuk berjimak?
2) Bagaimana kalau si isteri termakan sperma suaminya dan apakah hukumnya?
3) Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melancap?

Jawapan:
1) Diantara adab berjimak iaitu:

  • Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya memenuhi keinginan nafsu berahi belaka. Niat dalam hati adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah.
  • Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa.
  • Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang gembira serta menjauhkan perasaan susah. Tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan.
  • Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakian yang bersih dan memakai harum-haruman.
  • Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara bersama.
  • Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum melakukan jimak serta mengulangi wuduk kembali jika ingin melakukan persetubuhan yang kedua. Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih.
  • Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau berwuduk sebelum tidur.
  • Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai binatang dan menjaga aib keluarga. Demikianlah di antara ada berjimak, masih banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang dapat kita baca melalui buku-buku atau kitab-kitab.

2) Setengah ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh, kerana sperma bukan najis

Lama Masa Untuk Berjimak

Soalan: Berapa lamakah masa yang selalu diambil oleh seseorang lelaki ketika melakukan jimak, iaitu sebelum keluarnya air mani?

Jawapan: Dalam melakukan jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak.

Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan.

Walaupun satu minit jika kepuasan dapat dinikmati, maka tujuan jimak telah tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahu A’lam.

gravatar

sy bukan nak tunjuk pandai ke ape,tapi apa yg sy terpandang,ni kan soal jawab hal2 agama islam..tapi kenapa dekat atas tu sebelom soal jawab tu,kenapa perlu letakkan gambar yang menunjukkan aurat perempuan?bukan kan tu haram utk dilihat lelaki?maaf sekiranya ulasan sy kasar atau kurang sesuai..tapi sy rasa mmg sesuai ulasan sy ni...

Pengikut

Welcome