Tips Memilih Calon Suami
✿~Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
✿~Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
✿~Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
✿~Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
✿~Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
✿~Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
✿~Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
✿~Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
✿~Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
✿~Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
p/s Tips ini juga boleh diguna pakai untuk memilih calon isteri.
|Lelaki yang baik untuk wanita yang baik |
|^_^| :)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( x( =)) Post a Comment