Archives

gravatar

HUKUM MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH


SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM USTAZ. SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS. INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN. APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa'alaikumussalam...
Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama :
Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain".

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua :
Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana disiplin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. (Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

Ketiga :
Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat :
Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut disiplin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu disiplin adab melalui hadith :-

إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين

Ertinya : "Apabila seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)" (Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921)

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. (Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima :
Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam :
Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : "janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya". (Riwayat Al-Bukhari)

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sumber
...Baca Selengkapnya

gravatar

Amalan Romantik Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan...Baca Selengkapnya
...Baca Selengkapnya

gravatar

Tips Bersetubuh


Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus diikuti;-
( Jangan mengharamkan yang halal )

Pesanan Untuk Kedua-dua Suami Isteri Sebelum , Sewaktu dan Selepas Jimak

Fakta No. 1
- Bersopan santun
- Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
- Pakailah bau-bauan yang lembut (jangan minyak atar Mekkah, busok ! Kecuali Malaikat Suboh) Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

Fakta No. 2
Bercumbu-cumbuan sebelum jimak

Fakta No. 3
Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kefaraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan.

Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pramasa.

Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda.

Sekiranya anda terlampau cepat keluar air mani atau pancutan pramasa, maka kita ada ubat untuk mengatasinya. Jangan risau, ikhtiarlah segera, jangan menunggu.

Fakta No. 4
Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah untuk sampai kemuncak syahwat.
Make romancelah dgn isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan.

Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah !!

Fakta No. 5
Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, dimana beliau menyatakan bahawa ‘isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, maka gaulilah ia sebaik mungkin.

Fakta No. 6
Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan.
Baikilah tingkah laku kamu secara sopan dan lemah lembut.
...Baca Selengkapnya

Pengikut

Welcome