gravatar

Ciri-Ciri Gadis Yang Baik


1.Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat- sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada laranganNya dan perkara-perkara yang haram.

2.Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah terhadap Allah s.w.t. Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.

3.Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.



Pengikut

Welcome